SELAMAT DATANG KE ROMANA COMPUTER CENTRE

KEMUDAHAN

  • Makmal Komputer yang berhawa dingin dan lengkap dengan peralatan mengajar satu komputer untuk setiap pelajar.
  • Kemudahan Multimedia dan Internet
  • Nota kursus yang lengkap dengan fail dan CD percuma.
  • Sijil Pengajian Komputer dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia secara percuma.
  • Tutor yang berpengalaman dan berkelayakan akan membantu para pelajar.
  • Sebarang masalah berkaitan dengan komputer semasa berkursus atau selepas tamat kursus boleh berbincang terus dengan tutor yang bertugas.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Untuk menawarkan kemudahan IT kepada semua lapisan masyarakat.

  • Untuk menawarkan perkhidmatan dan latihan IT yang berkualiti dan berkesan.
  • Untuk meningkatkan prestasi kerja melalui IT.

  • Untuk menyokong usaha kerajaan melahirkan masyarakat IT menuju Wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat yang berasaskan penguasaan maklumat serta celik komputer.

PROFAIL SYARIKAT

ROMANA COMPUTER CENTRE adalah syarikat milik perseorangan dan merupakan Pusat Latihan Komputer yang telah ditubuhkan pada 10hb. September 1996 yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bumipurta.

Pusat Latihan ini adalah merupakan sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Akta Pendidikan Malaysia di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan nombor perakuan pendaftaran IPS(097).

pada masa ini ROMANA COMPUTER CENTER sedang menyediakan latihan secara khusus dan intensif di dalam kemahiran mengendalikan pakej-pakej komputer terkini berasaskan windows terutama Microsoft Office, Lotus Smartsuite dan Dekstop Publishing kepada pelajar sekolah para lepasan sekolah, Kakitangan kerajaan, Swasta dan individu.

Di samping itu, pusat ini juga menyediakan perkhidmatan yang lain seperti:-

1. Jualan dan Servis Komputer
2. Typeseting
3. Sewa Komputer dan Internet
4. Jualan Aksesori Komputer
5. Kursus Multimedia(KBSR dan KBSM)